wiring course

Apabila anda mahu berkecimpung dalam “Dunia” Tuning engine management system, pasti anda tidak akan dapat “lari” daripada permasalahan wiring sama ada perlu buat pemasangan baru, baiki wiring sedia ada atau tambah baik. Untuk dapatkan proses tune yang berjalan lancar, tentunya bermula daripada kesempurnaan wiring. Suka atau tidak anda perlu tahu sedikit asas berkenaan wiring bagi melancarkan kerja tuning. Sebenarnya untuk membuat wiring bukan lah perkara yang rumit , ianya memerlukan IlmuPeralatan yang betul dan Pengalaman. Ianya bukan lah perkara yang susah untuk di pelajari, tetapi ianya perlu belajar dengan Kaedah yang betul bagi memahami Keseluruhan Konsep wiring Aftermarket ECU. 

Pengalaman saya selama 9 Tahun berkecimpung dalam bidang wiring dan tuning banyak membantu saya dalam melakukan proses tune kereta setiap hari. Saya bermula daripada melakukan Tuning atas dasar Hobi, yang mana proses tuned di lakukan atas jalan raya, sehingga kini saya telah memiliki kedai Performance Tuning yang mana lengkap dengan Chassis Dyno dan segala peralatan untuk melakukan kerja tuning. 

Dalam masa yang sama juga saya telah berkongsi pengalaman Tuning saya dengan ramai orang melalui Kursus-kursus bersiri yang telah diadakan hampir seluruh negeri di Malaysia.

ONLINE WIRING & TUNING COURSE – STANDALONE ECU

Namun semenjak PKP berlaku, kursus – kursus Wiring dan Tuning tidak dapat diadakan seperti kebiasaan. Atas cadangan dari beberapa orang bekas peserta Kursus yang lalu, muncul lah Idea dimana Kursus Tuning Online diadakan dan Ianya boleh di Akses oleh Setiap orang yang berminat untuk menceburi bidang Tuning daripada seluruh pelusuk negeri. Modul pembelajaran kursus ini diambil daripada Program Bersemuka iaitu PTSD Level 1, iaitu Program Advance Tuning selama 3 hari anjuran Tuner Academy yang bernilai RM 1,500.00

ANTARA PERKARA YANG BAKAL ANDA  PELAJARI

ASAS WIRING. Untuk melakukan Proses wiring yang betul, perkara pertama yang perlu diketahui adalah, apakah asas Wiring, cara penyambungan yang betul,  apakah fungsi wayar dan relay yang yang ada di ECU. Oleh itu, modul pembelajaran melalui video disediakan mengikut susunan supaya anda mudah memahami “Flow chart” bagaimana proses wiring dilakukan bermula daripada membuat rangka asas, menyusun wayar hingga ke Proses Membuat Base Map dalam Standalone ECU berdasarkan apa wayar yang digunakan. 

Modul pembelajaran dipecahkan kepada 3 kategori pemasangan standa alone ECU iaitu :

1. Membuat Full Harness

2. Pemasangan Standalone ECU melalui kaedah Piggyback

3. Pemasangan Standalone ECU melalui kaedah Patch Loom

APA LAGI YANG BAKAL ANDA DAPAT ?

SUPPORT GROUP . Ya, saya tahu proses wiring bukanlah perkara yang boleh belajar dengan hanya melihat Video sahaja. Anda perlu melakukannya sendiri, dan mengambil pengalaman membuat Wiring dari pelbagai jenis Enjin dan Management System. Sebab itu saya tubuhkan Support Group di Telegram (Private Group) bagi memudahkan anda bertanya sebarang persoalan berkaitan wiring pada masa akan datang.

Siapakah terbaik untuk menyertai program ini?

Program ini sangat sesuai bagi pengguna Stand Alone ECU (Haltech / Link G4 / MaxxECU / etc) , pemilik bengkel motorsport juga mereka yang sukakan RND serta warga “DIY” (tiada had umur).
Oleh kerana program ini adalah fleksibel dan pembelajaran melalui Video serta Support Group, ia memudahkan sesiapa sahaja mengikut kesesuaian masa anda, tidak kira dari mana sahaja!

Berapa lamakah program ini akan berlangsung?

Program ini adalah program sepanjang hayat. Video Wiring ini boleh disimpan (Download) dan segala permasalahan boleh dikemukakan dalam Support Group atau terus tanya Personal dengan saya dan juga team Tuner Academy. 

Berapakah yuran untuk program ini?

Yuran Asal program Online Wiring adalah RM399. Namun terdapat Harga Promosi 10% untuk Program Wiring dan harganya adalah RM359 (BASIC PACKAGE) .    

PENTING !!! Video panduan yang disediakan ini adalah dalam bentuk Softcopy yang boleh di Download melalui Handphone / Laptop. Tiada penghantaran Produk Fizikal akan dilakukan ke alamat rumah anda. Video dan Segala Nota akan diberikan melalui Link Download.  

Bagaimanakah cara pembayaran yuran?

Cara pembayaran yuran adalah menggunakan Bank Transfer -FPX- melalui Toyyibpay.Untuk pembayaran sila klik pada . 

PAY NOW

Perlukan Bantuan?
Whatsapp/help-ONLINE

atau


call/sms 0125411496 – Khairul

Copyright by Tuner Academy
has been added to the cart. View Cart