Istilah “rechip” ini sememangnya terkenal dikalangan peminat Honda dan Mitsubishi. Namun sejauh manakah kemampuan Rechip ini dalam proses tuning enjin?

Fungsi penalaan enjin @ tuning enjin secara umumnya adalah kita mahu memastikan bahawa setiap udara yang masuk kedalam enjin di campur dengan bahan api (fuel) pada nisbah yang betul dan bagaimana untuk membakar campuran udara dan bahan api tadi dengan kadar yang tepat (Ignition Timing) bagi memastikan enjin lebih efisyen dan bertenaga serta dapat membantu memanjangkan jangka hayat sesebuah enjin.

Istilah Piggyback, Standalone, Rechip, Remap, Reflash dan sebagainya adalah merupakan “alat” dan semua itu mempunyai tujuan yang sama.

Pada kali ini, kami memilih Kaedah Rechip untuk dikongsi kepada pembaca sekalian.

Istilah RECHIP digunakan bagi kenderaan keluaran tahun 1996 kebawah. Ianya adalah proses untuk mengubah data bahan api, data pengaturan pembakaran (ignition timing), rev limit, launch control dan sebagainya melalui kaedah “burn chip” yang terdapat
pada ECU.

Dalam ECU, terdapat satu CHIP (EPROM – erasable programmable read-only memory) yang menyimpan “data operasi” enjin. “data operasi” inilah yang menyimpan semua maklumat mengenai Fuel System, Ignition Timing dan pelbagai lagi opeasi enjin.
Untuk mengubah data itu, kebiasaanya CHIP (original ECU) ditukar kepada CHIP yang lain disebabkan CHIP yang terdapat pada ECU asal adalah jenis UV-EPROMs (memerlukan cahaya Ultra UV semasa proses “Burn” data). Chip yang bakal digantikan tidak memerlukan Ultra UV dan ianya adalah mudah untuk mengubah data berulang kali sama seperti konsep DVD jenis “writeable” . ianya sangat berguna dikemudian hari kerana kita boleh menyimpan dan membuang data untuk disesuaikan dengan setup enjin pada masa akan datang.

Secara asasnya terdapat Hardware dan software untuk melakukan proses RECHIP ini.

1. Chip Burner – untuk masuk dan membuang data yang ada dalam CHIP. Terdapat alat digunakan untuk “burn” chip ini, kaedahnya sama seperti Burn DVD. contoh brand yang ada
dipasaran adalah moates, batronix, chipmaster dan pelbagai lagi. Ianya memerlukan software tersendiri untuk membolehkan kita “load dan Burn” data melalui Laptop/PC. segala data yang tersimpan dalam chip ini adalah dalam bentuk Heximal atau dikenali dengan “bin file”

2. CHIP EDITOR – untuk mengubah data yang ada dalam CHIP. ianya adalah software yang digunakan untuk membaca “bin file” tadi dan akan di “convert” ke bentuk Mapping Fuel dan Ignition seperti mana yang terdapat dalam mapping tuning sistem automotif. antara Chip Editor yang ada adalah Crome, TunerPro, Neptune, Turboedit, Bre, HRED dan pelbagai lagi.

Proses RECHIP

PROSES MUDAH yang biasa dilakukan adalah dengan menukar (Chip EPROM) yang ada pada ecu (Chip biasa yang dilakukan ini adalah jenis Chip 28 kaki) kepada CHIP jenis performance yang telah di tune oleh nama terkemuka seperti Mugen, Toda, Mines dan beberapa nama lagi. Selain dari CHIP ini, terdapat lagi beberapa kompenen lain yang perlu diubah pada ECU bagi membolehkan proses RECHIP ini menjadi dan perkara ini kami tidak terangkan disini. Kami hanya menerangkan secara ringkas sahaja mengenai proses tersebut.

PROSES SUKAR adalah, selepas Chip asal ECU dibuka dan dimasukkan tapak Chip (supaya mudah untuk membuka dan mesang chip), kita perlu masukkan satu “base data” sesuai dengan setup enjin dan pasang CHIP itu ke ECU. Kemudian kita akan lakuan proses Wideband Tune sambil Memantau tahap Knocking Ignition Timing. Setelah mendapat data, kita akan buka semula chip, masukkan dalam burner, load data ke Laptop. buka software dan ubah data Fuel dan Ignition Timing. Data di save dan burn semula ke CHIP. Seterusnya pasang semula CHIP ke ECU dan lakukan lagi proses Wideband Tuning. Proses ini berulang- ulang sehinggalah dapat Fuel dan Ignition timing yang sesuai.

EMULATOR.

Emulator atau Romulator adalah alat yang dijadikan “Chip sementara” bagi mudahkan proses Tune. Emulator dipasang pada tapak CHIP ECU, kemudian akan diletakkan satu Base data. Emulator akan disambung terus ke Laptop dan dari situ kita akan Tune enjin terus kepada Emulator. Sebarang perubahan data yang dilakukan akan terus save dalam emulator dan terus memberi kesan kepada Enjin. Setelah proses Wideband Tune serta Igntion Timing dilakukan, Data yang ada dalam Emulator akan di save dan akan di Burn ke
CHIP yang kemudiannya CHIP itu dimasukkan semula ke ECU.

Antara Kelebihan Rechip.

1. Rechip adalah cara paling murah dan efektif untuk mengubah data enjin. Kita tidak perlu membeli “Gadjet Lain” seperti VAFC, Emanage dan beberapa Piggyback lain untuk menyesuaikan Fuel dan Ignition Timing sesuai dengan tahap modifikasai enjin.
2. Boleh ubah Speed Limit
3. Boleh ubah Rev Limit
4. Boleh “Disable” sensor-sensor yang tidak mahu digunakan
5. Boleh tambah Function Motorsport seperti Launch Control, FlatShift, dan sebagainya (bergantung pada ECU)

Antara Kekurangan Rechip

1. Tidak semua ECU boleh di Rechip. Bagi mitsubishi hanya ECU kod E sahaja (ECU Satria GTI, ECU EVO 1, 2, 3, dan beberapa model ECU 4G93T). Bagi Honda pula Kod P30, P08 P27 dan P28 dan P72. Model lain kene lihat ada atau tidak CHIP 28 Kaki.

2. Proses Rechip memerlukan masa yang agak lama. ECU perlu dikeluarkan CHIP asal dan dimasukkan Tapak Chip seterusnya masukkan Chip yang telah diprogram. Bagi proses Tuning pula agak leceh disebabkan segala perubahan yang hendak dibuat perlu ditanggalakan Chip, masuk ke Burner, Edit map pada software, Burn dan masukkan semula Chip ke ECU. JIka ada Emulator, mudah sikit kerja untuk tuning Chip kerana kita terus boleh ubah data pada Emulator, apabila selesai Proses Tune, baru Burn data yang telah di Tune tadi pada Chip.

Kesimpulan

Apa yang kami kongsikan ini hanyalah sebahagian sahaja dari kerja Tuning Chip. Terdapat istilah yang digunakan serta proses kerja yang di “Skip” bagi memudahkan anda memahami apa yang hendak disampaikan. Bagi anda yang telah pun ada ECU yang boleh dilakukan Tuning melalui keadah Rechip, anda boleh mengambil peluang ini. Bagi anda yang tiada peluang untuk Rechip, mungkin ECU anda boleh di tune melalui kaedah Reflash dan juga Remap. Semua kaedah ini dapat memberi “result” yang sama dari segi Power, Better Fuel Consumption dan Engine Reliability asalkan ianya ditune dengan betul.