Program Tuner Apprentice Training program yang berlangsung pada 8, 9 dan 10 January 2021 merupakan permulaan bagi kelas tahun 2021. Tiga hari krusus ini telah diadakan di Tuner Academy Training Centre, Ipoh Perak dan disertai oleh 15 orang pelajar.
Para peserta telah didedahkan asas Piggy back Ecu melalui kaedah teori dan praktikal. Melalui kelas teori, para peseta mengenali EFI engine serta bagaimana untuk memanipulasi stock ECU dengan menggunakan Piggy-back Engine Management System supaya ECU boleh mengawal fuel serta ignition timing. Kelas ini merupakan pemulaan asas pemasangan dan pengunaan software yang disediakan untuk piggyback engine management system.
Seterusnya, para peserta diajar bagaimana melakukan tuning di mesin dyno dengan cara yang betul dan selamat.┬áSesi pembelajaran diteruskan melalui ‘case study’ enjin yang telah kami sediakan, serta kenderaan sebenar bagi menjelaskan aplikasi dan pengunaan Ecu terhadap engin. Peserta turut dibenarkan untuk mengaplikasikan pembelajaran terhadap kenderaan sendiri sambil dipantau oleh Professional Tuner kami untuk pembelajaran secara pratikal.
Berikut merupakan gambar-gambar sekitar program sepanjang 3 hari kursus.