Tamat sudah program Tuner Apprentice Training program yang berlangsung pada 25,26 dan 27 September 2020 yang merupakan program terakhir bagi tahun 2020. Tiga hari krusus ini telah diadakan di Tuner Academy Training Centre, Ipoh Perak dan disertai oleh 12 orang pelajar dari pelbagai negeri.

Para peserta telah didedahkan asas Piggy back Ecu melalui kaedah teori dan praktikal. Melalui kelas teori, para peseta mengenali EFI engine serta bagaimana untuk memanipulasi stock ECU dengan menggunakan Piggy-back Engine Management System supaya ecu boleh mengawal fuel serta ignition timing. Kelas ini merupakan pemulaan asas pemasangan dan pengunaan software yang disediakan untuk piggyback engine management system bagi safc dan emanage blue.

Seterusnya, para peserta diajar bagaimana melakukan tuning di mesin dyno dengan cara yang betul dan selamat. Sesi pembelajaran diteruskan melalui ‘case study’ engin yang telah kami sediakan, serta kenderaan sebenar bagi menjelaskan aplikasi dan pengunaan Ecu terhadap engin. Peserta turut dibenarkan untuk mengaplikasikan pembelajaran terhadap kenderaan sendiri sambil dipantau oleh Professional Tuner kami untuk pembelajaran secara pratikal.
Tahniah kepada para peserta yang telah mengikuti kursus Tuner Apreantice Training Program Sesi 3 yang merupakan kelas terakhir bagi tahun 2020. Kami harap apa jua ilmu yang para peseta perolehi, dapat memajukan diri peserta dalam bidang tuning. Ini akan turut membantu kami mencapai objektif Tuning Academy agar para pengemar engine tuning di luar sana mengetahui dan melebarkan jaringan alur ilmu yang diperolehi ke arah jalur yang lebih meluas.